Profile Picture

Wan Nurizyan *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains, Upsi

Chukai, Terengganu

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum, saya Cikgu Izyan. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta berpengalaman selama 1 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan menengah. Mata pelajaran Sains merupakan bidang kepakaran saya, kerana saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains di UPSI. Selain itu, saya juga boleh mengajar 3M (Membaca, Menulis, Mengira) bagi pelajar yang ingin melangkah ke alam persekolahan. Saya seorang yang peramah namun tegas dalam mendidik bagi memastikan anak didik saya berjaya dalam pelajaran. Saya yakin dengan kemampuan dan kebolehan yang ada, saya mampu menjadikan pelajar cemerlang dalam pelajaran, kerana kejayaan pelajar merupakam keutamaan saya. Sekiranya anda inginkan anak-anak cemerlang dalam mata pelajaran sains jangan lupa untuk hubungi saya. Terima kasih.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik pengajaran yang pelbagai mengikut tahap kemampuan pelajar. Antaranya dengan menggunakan demontrasi atau tunjuk cara. Kaedah ini mampu menambahkan lagi kefahaman pelajar kerana mereka dapat melakukan aktiviti itu sendiri. Saya akan menyediakan pelajar aplikasi simulasi secara dalam talian bagi setiap pelajar dapat mencubanya. Disamping itu, kaedah ini mampu meningkatkan keupayaan pelajar untuk mengingati sesuatu perkara berbanding mereka hanya mendengar penjelasan guru semata-mata. Oleh itu, pelajar dapat mengaplikasikan teori yang dipelajari dengan aktiviti yang dijalankan. Selain itu, saya juga menerapkan penggunaan teknik perbincangan. Hal ini demikian kerana, pelajar dapat berkongsi pendapat dan pandangan bersama guru serta rakan-rakan yang lain. Kaedah ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan pelajar untuk lebih yakin dan berani bagi berkongsi idea dan pengetahuan mereka. Akhir sekali, saya juga menyediakan nota ringkas bagi memudahkan pelajar mempelajari sesuatu tajuk.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 4
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6, Darjah 4, Tingkatan 2, Tingkatan 1
Membaca - BM Darjah 3