Profile Picture

Nurul Syahirah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Science Foodservice Management

Alor Gajah, Melaka

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Syahirah. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan graduan ijazah sarjana muda yang ingin mencari pengalaman sebagai tutor dalam mendidik pelajar dari segi membaca, menulis dan mengira. Berkemahiran dalam menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih fokus sekaligus dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga berkebolehan dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak anda boleh membaca, menulis dan mengira serta tingkatkan kecemerlangan anak anda? Berikan saya peluang untuk saya sebagai graduan baru dan tuan/puan boleh hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya akan menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar itu sendiri. Saya juga mengaplikasikan teknik fokus dan akan menyediakan aktiviti yang menyeronokkan dalam mencapai objektif pembelajaran. Saya akan menggunakan pelbagai gambar dan corak untuk menarik minat pelajar itu sendiri. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar dan sekaligus skor dengan cemerlang.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 1
Membaca - BM Darjah 1, Tadika