Profile Picture

Zaharah

(Online)

Sarjana Muda - Degree In Applied Science (Bioindustrial Technology)

Kinta, Perak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya, Noor Zaharah Zulkipli merupakan graduan Sains Gunaan (Teknologi Bioindustri) Universiti Malaysia Kelantan.

Sejak di peringkat universiti lagi, saya telah melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan/fasilitator untuk mengajar pelajar tahun 6 di sekolah-sekolah Negeri Kelantan.

Saya juga pernah bekerja sambilan sebagai guru ganti bagi pelajar tahun 6.

Berpengalaman sebagai perunding alam sekitar selama 9 tahun, saya telah dilatih membuat pembentangan untuk topik yang berkaitan bagi memastikan ahli kumpulan memahami topik yang disampaikan.
Begitulah juga yang saya terapkan dalam teknik pembelajaran. Saya lebih suka berinteraksi dengan pelajar, memberikan gambaran/contoh, latih tubi dan perbincangan supaya para pelajar lebih jelas dengan apa yang ingin saya sampaikan.

Saya amat berpuas hati apabila para pelajar dapat memahami dan menguasai ilmu yang disampaikan kepada mereka.

Teaching Method(s)
Saya lebih suka berinteraksi dengan pelajar bagi mengenalpasti tahap kefahaman dan kelemahan pelajar.

Saya akan memberikan gambaran/contoh, latih tubi mengikut modul dan perbincangan.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 3, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6