Profile Picture

Syed Ahmad *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Doktor Falsafah(phd) - Matematik

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Sedang Belajar)

Ipoh, Perak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya seorang tutor yang berdedikasi tinggi terutamanya dalam mengajar subjek Matematik. Menunjukkan keindahan Matematik kepada anak-anak pelajar merupakan matlamat saya. Saya ingin membuktikan bahawa subjek Matematik ini tidaklah susah seperti yang disangka sekiranya pelajar menguasai konsep, definisi dan motivasi pada setiap topik dalam Matematik. Saya juga seorang yang tegas tetapi ramah kepada pelajar-pelajar saya. Oleh itu, saya yakin bahawa saya dapat menjadi tutor yang berwibawa kepada anda. Ayuh kita terokai keindahan Matematik.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya ialah lebih memahami konsep, definisi dan motivasi dalam Matematik terlebih dahulu. Saya akan mulai dari contoh yang mudah dan kemudian diikuti dengan yang susah. Saya juga akan kenal pasti kelemahan-kelemahan pelajar dalam sesuatu topik dan akan fokus kepada kelemahan tersebut. Saya juga akan fokus kepada teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan sekiranya pelajar sudah dapat menguasai asas topik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5