mytutor_mobile
Profile Picture

Muhammad Afnan *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Kejuruteraan Teknologi Dalam Elektrikal

Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) (Telah Bergraduasi)

Kerian, Perak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang guru di sekolah swata di daerah, sebelum berkecimpung di dalam arena pendidikan, saya berkhidmat sebagai jurutera perkilangan di utara tanah air. Sepanjang tempoh masa saya berkhidmat, saya telah mengumpulkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran pengurusan, komunikasi, teknikal dan lain-lain yang mampu untuk saya gunakan untuk menjadi tutor yang berkesan. Walaupun saya telah meraih kepuasan dalam kerjaya jurutera saya, namun saya merasakan hasrat yang mendalam untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya dengan generasi muda. Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini, saya juga telah mengambil inisiatif untuk menjalani latihan dalam bidang pendidikan. Saya sekarang mengikuti kursus master dalam pendidikan secara “part time’ di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Saya yakin bahawa pengalaman dan komitmen saya dalam pendidikan, bersama dengan pengetahuan teknikal yang saya miliki, akan menjadi aset yang berharga untuk menjadi tutor yang cemerlang.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan kaedah pengajaran yang menekankan keterlibatan murid-murid, sesi soal jawab yang berterusan kepada murid -murid dengan memberikan peluang mereka untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Selain itu, penggayaan Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) akan turut disertakan dalam sesi PnP bagi meningkatkan kefahaman murid -murid. Penggunaan kuiz online keperti quizzes dan kahoot juga akan diterapkan supaya sesi pembelajaran akan berjalan dengan lebih menarik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Reka Bentuk Teknologi Darjah 1
Reka Bentuk dan Teknologi Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4