mytutor_mobile
Profile Picture

Muhammad Adib *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Science Physics

Universiti Teknologi MARA (Arau) (Sedang Belajar)

Hilir Perak, Perak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya mulakan entri ini dengan pengalaman dan pencapaian saya di peringkat sekolah dan universiti. Saya mewakili sekolah ke peringkat antarabangsa dalam bidang inovasi dan mendapat Gold Award dalam konvensi tersebut. Saya juga berpengalaman menjadi Presiden untuk mahasiswa Sains Fizik di UiTM cawangan Perlis selama satu tahun. Dalam tempoh ini, saya belajar untuk menjadi seorang yang berstruktur, tegas, bekerjasama dan proaktif dalam setiap tindakan. Sebagai pelajar tahun akhir, sudah pasti saya sudah cukup pengetahuan asas tentang bidang yang saya ceburi.
Teknik Pengajaran
Teknik yag sering saya lakukan adalah dengan menyulami pelajaran bersama gambar rajah yang menarik perhatian. Hal ini dapat memberi gambaran jelas kepada murid dan membantu mereka untuk menyelesaikannya. Interaksi yang ramah bersama murid juga menjdi metod saya untuk lebih mendekati murid tersebut, agar mereka tidak kekok dan boleh bertanya apa jua soalan. Seterusnya, latih tubi sudah semestinya menjadi kunci utama untuk murid itu berjaya, oleh hal demikian saya gariskan bahawa latih tubi adalah pendekatan saya yang paling ditekankan.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 6, Tingkatan 1
Sains Darjah 6, Tingkatan 1
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4