Profile Picture

Nurul ‘ainin *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Tesl

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Sedang Belajar)

Tanjong Malim, Perak

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi! Saya Teacher Ainin. Merupakan seorang bakal pendidik yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun terakhir. Saya merupakan bakal graduan dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teaching English as a Second Language) atau dikenali sebagai TESL. Subjek Bahasa Inggeris merupakan subjek major saya di universiti manakala saya juga berkemahiran dalam mengajar subjek teras yang lain seperti sains dan matematik kerana berlatar belakang sebagai alumni pelajar Matrikulasi Pahang dalam Pure Science Stream. Saya juga berkemahiran dalam dunia pendidikan tutor selama setahun dengan mengendalikan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Saya yakin dengan jiwa pendidik yang bersemangat besar seperti saya, saya yakin anak anda akan cemerlang di kemudian hari. Mari hubungi saya.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya terapkan sepanjang sesi pembelajaran adalah teknik two- way communications kerana teknik ini agak kurang digemari oleh pelajar kerana kebanyakan dari mereka agak pasif sewaktu sesi pembelajaran. Namun, saya yakin dengan menerapkan teknik ini, pelajar akan menjadi lebih yakin untuk berinteraksi dan ini akan memudahkan mereka untuk mengetahui di mana kelemahan dan kelebihan mereka dalam sesuatu topik. Seterusnya adalah teknik yang menerapkan blended music dan integrated technology yang popular pada zaman kini dalam menarik minat para pelajar supaya lebih aktif dan bersemangat dalam sesi pembelajaran saya. Saya yakin dengan pendekatan saya yang lebih santai mampu menarik minat mereka untuk belajar tanpa ada paksaan dan cemerlang di kemudian hari. Dengan kredibiliti dan komitmen yang saya tunjukkan inshaallah dengan izinnya mereka akan berjaya
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4