Profile Picture

Syazatul Izzah *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Tesl

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Ipoh, Perak

Institut Perguruan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Syazatul Izzah atau dikenali oleh murid-murid saya sebagai Teacher Izzah. Saya merupakan seorang mahasiswi di IPG Kampus Kota Bharu dan subjek Bahasa Inggeris merupakan subjek major saya dalam bidang pendidikan. Saya masih belajar untuk menamatkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan. Selain itu, saya juga merupakan pelajar IPG tahun keempat di mana saya telah menjalani praktikum di sekolah-sekolah. Saya mempunyai pengalaman dalam mengajar dan berinteraksi dengan murid-murid sekolah rendah memandangkan pelajar IPG didedahkan dengan pendekatan terhadap mengajar kanak-kanak. Salah satu kekuatan saya ialah saya seorang yang sabar dalam mengajar kerana saya percaya murid-murid mampu belajar dengan lebih efektif dalam keadaan yang tenang dan bermotivasi. Sebagai seorang bakal guru, saya mengutamakan English is Fun to Learn!
Teaching Method(s)
Meskipun mempunyai pengalaman yang cetek dalam bidang pendidikan, ilmu yang diterima di IPG dan semasa praktikum memberi banyak pendedahan terhadap pelabagi teknik pengajaran. Saya menggunakan teknik yang mampu membuat murid berasa seronok untuk belajar. Saya menerapkan teknik pengajar abad ke-21 supaya ia selaras dengan perkembangan murid di abad ini. Contoh teknik ialah, pengaplikasian peta minda, pemikiran kritis dan gamifikasi. Selain itu, murid akan diberi rehat 5 minit sepanjang kelas supaya mereka dapat kembali fokus dalam sesi pengajaran. Saya juga suka menggunakan teknik mengaplikasikan minat murid dalam pengajaran supaya mereka lebih berminat terhadap pengajaran dan lebih memahami konteks pengajaran. Saya juga akan sentiasa memberi ruang soal jawab dan maklum balas untuk memastikan pengajaran berkesan.
Subject
Subject School Level
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6