Profile Picture

Nur Adina *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ba In English Language And Literature Studies

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Telah Bergraduasi)

Chemor, Perak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Adina Amira. Saya merupakan lepasan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Universiti Sains Malaysia yang bermajor dalam English Language and Literature Studies. Saya bercadang untuk menceburi bidang pendidikan sebagai seorang tutor dan mengaplikasikan kelebihan yang diperoleh daripada pengajian saya. Antara komponen Subjek bahasa Inggeris yang saya bersedia untuk tawarkan sebagai tutor pemula adalah seperti berikut: Basic Reading and Writing Skills, Academic English, dan English Grammar. Saya juga terbuka untuk membantu pelajar dalam mengikuti silibus tertentu. Sebagai tutor pemula, pelajar sasaran saya adalah daripada sekolah rendah dan menengah rendah. Jika matlamat utama adalah untuk anak anda menguasai asas Bahasa Inggeris yang kuat dan teratur, sila hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Sebagai tutor pemula, fokus utama saya adalah untuk menerapkan teknik-teknik yang sesuai bergantung kepada keupayaan para pelajar. Untuk mengenal pasti kelemahan pelajar, saya galakkan Ibu bapa juga untuk hubungi saya melalui Whatsapp tentang topik fokus yang mereka ingin saya bantu. Saya juga akan sediakan nota dan bahan latihan berkaitan untuk sesi tutor sebagai rujukan pelajar.
Penilaian & Maklumbalas

Mohd Aizuddin Ariffin : Bahasa Inggeris

Good job.. penerangan yang diberikan sangat baik dan jelas

Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Darjah 5