Profile Picture

Nasha Nadia *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah Dengan Kepujian

Tanjong Malim, Perak

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya adalah bakal cikgu yang sedang melanjutkan pelajaran ijazah sarjana muda pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Saya pernah menjadi pelajar STPM cemerlang di Kolej Tingkatan Enam Maktab Sabah bagi sesi 2020/2021. Walaupun saya belum mempunyai pengalaman mengajar secara formal namun saya sentiasa menolong rakan-rakan apabila mereka memerlukan bantuan dalam subjek yang saya pakar. Ini jelas menunjukkan saya sebagai seorang tutor akan berusaha untuk memastikan pelajar saya untuk sentiasa semangat menimba ilmu, memahami isi kandungan pembelajaran dan seterusnya dapat menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang. Bagi peringkat STPM, Saya mahir dalam subjek Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah dan Sains Sukan. Bagi peringkat sekolah menengah dan rendah pula saya paling mahir dalam subjek matematik, bahasa melayu, sejarah. Kepada ibu bapa pelajar yang akan saya didik, saya akan menggunakan kepercayaan yang anda berikan dengan sebaik mungkin untuk membantu anak-anak anda agar dapat menjadi anak yang dapat membanggakan ibu bapanya.
Teknik Pengajaran
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya akan menggunakan kaedah teori dan praktikal dimana pelajar akan diajarkan dengan fakta terlebih dahulu lalu saya akan menguji pelajar secara praktikal untuk melihat tahap kefahaman dan mencari kelemahan pelajar kemudian saya akan membantu pelajar untuk memperbaiki kelemahan tersebut.
Penilaian & Maklumbalas

Intan Nur Azzura Mohammad : Sejarah

Guru mengajar dengan tekun

Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu STPM - Tingkatan 6
Sejarah STPM - Tingkatan 6, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 6, Darjah 5
Pengajian Am STPM - Tingkatan 6
Matematik Tingkatan 2
Pendidikan Moral Tingkatan 5, Tingkatan 4