Profile Picture

Nur Adilah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Reka Bentuk & Teknologi)

Sungai Siput, Perak

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Adilah. Saya merupakan seorang graduan bidang pendidikan yang mempunyai pengalaman mengajar secara dalam talian & bersemuka bagi murid sekolah rendah. Saya merupakan graduan kelulusan daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang baru menamatkan pengajian dan sedang menunggu keputusan penempatan. Subjek Reka Bentuk & Teknologi merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala subjek Bahasa Melayu merupakan subjek minor. Saya merupakan seorang guru novis dan memiliki hasrat untuk membantu murid-murid mencapai kecemerlangan dan impian yang tinggi. Berminat untuk kukuhkan sayap dan terbang tinggi bersama saya? Boleh hubungi saya mengikut kesesuaian masa pihak tuan/puan.
Teknik Pengajaran
Saya menerapkan pedagogi yang mudah dan berunsurkan didik hibur bergantung kepada tahap keupayaan murid. Saya juga mengaplikasikan strategi pengajaran berpusatkan murid & bahan pengajaran seperti media interaktif, kuiz dalam talian, belajar sambil bermain dan teknik penyelesaian masalah. Kepuasan anak-anak dalam pembelajaran merupakan indikator utama saya dalam bidang pendidikan.
Subjek
Subjek Tahap
Reka Bentuk dan Teknologi Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 4, Darjah 5