Profile Picture

Nur Aryna *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu Pendidikan Rendah

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Seri Manjung, Perak

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hai, saya Cikgu Aryna. Saya merupakan seorang guru di sekolah rendah dengan latar belakang pendidikan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan di Institut Pendidikan Guru. Saya merupakan seorang guru yang bersemangat dan ceria, namun ada tegas dan lembutnya. Subjek major saya ialah bahasa Melayu memandangkan kelulusan Ijazah saya ialah Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni bagi subjek minor. Namun, saya juga turut mengajar subjek Matematik dan Sains. Berkelulusan dalam bidang Bahasa Melayu, saya yakin saya dapat menyampaikan ilmu yang tepat sekali gus memperbetulkan dan mengembangkan kemahiran berbahasa anak murid saya. Inginkan anak anda bijak berbahasa? Jom belajar bersama saya!
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang digunakan ialah bersifat pelbagai, tidak terbatas kepada “Chalk and Talk” semata-mata. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur, seperti nyanyian dan puisi. Kemahiran asas seperti membaca, menulis dan bertutur juga turut diberi penekanan. Selain itu, aktiviti menarik juga akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan keseronokan dalam pembelajaran. Oleh itu, saya selesa menggunakan pendekatan yang pelbagai kerana saya mengajar berdasarkan keperluan anak murid saya.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 4