Profile Picture

Nornazariah Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Sains Sosial

Kuching, Sarawak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya ialah Nornazariah binti Zulkernain. Saya merupakan pelajar lepasan STPM. Semasa di sekolah, saya berjaya meraih dua anugerah pelajar cemerlang, iaitu cemerlang dalam subjek Geografi dan Pengajian Am. Saya berjaya memperoleh purata PNGK 3.42 dalam semester 1, manakala semester 2 adalah sebanyak 3.33. Walaubagaimanapun saya belum memperolehi keputusan keseluruhan kerana masih dalam tempoh semakan. Walaupun saya tiada kelulusan dalam bidang pendidikan, saya mampu mencurahkan ilmu yang ada serta berbekalkan usaha saya dalam memastikan para pelajar faham akan suatu topik. Semasa di sekolah saya kerap menjadi rujukan rakan, malah guru juga kerap meminta pendapat saya sekiranya berlaku sebarang kekeliruan dalam kelas. Saya juga gemar membantu rakan- rakan yang tidak memahami suatu topik kerana bagi saya itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab saya. Saya juga menawarkan harga perkhidmatan yang berpatutan agar generasi kini dapat menimba ilmu tanpa bebanan.
Teknik Pengajaran
Saya mempunyai banyak teknik pengajaran bagi mencapai objektif bersama. Saya sering menggunakan kaedah berhibur sambil belajar untuk menghidupkan suasana pembelajaran. Saya akan memastikan setiap pelajar memahami suatu topik sebelum beralih ke topik lain. Pendekatan latihan juga akan diberikan untuk meningkatkan kefahaman pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Darjah 1, Darjah 2
Pengajian Am STPM - Tingkatan 6
Membaca - BM Darjah 1