Profile Picture

Mohd Saiful *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Sastera

Kota Bharu, Kelantan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Saiful. Saya merupakan seorang guru Tenaga Pengajar Luaran Mara Kuala Lumpur yang berdedikasi dan berpengalaman selama 6 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala subjek sejarah merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga sering mengendalikan seminar buat calon SPM di samping kelas-kelas dalam kumpulan yang besar. Saya juga penulis modul untuk subjek Bahasa Melayu UPSR dan SPM .Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Saya banyak menggunakan formula yang saya cipta sendiri untuk memudahkan pelajar faham dan menepati standard jawapan mengikut format penandaan peperiksaan. Saya juga membina item iaitu modul yang ditulis sendiri dan ada juga menggunakan modul rakan guru cemerlang bagi subjek sejarah dan bahasa melayu seperti Dr Tan CL(Pakar penulis buku Bahasa Melayu) - Cikgu Adies Mohd Zain (penulis buku SKEMA sejarah). Jadi saya harap ibu bapa berminat mengambil saya sebagai guru anak tuan puan. Boleh mengajar secara online dan juga boleh mengajar secara fizikal.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 4, Tingkatan 5