Profile Picture

Nurul Farzana *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Teaching English As Second Language

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Tanah Merah, Kelantan

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Selamat sejahtera. Saya merupakan seorang tutor yang bersemangat tinggi dan komited dalam pengajaran saya. Saya telah melalui praktikum selama 3 bulan di sekolah rendah pada bulan September sehingga November tahun lalu (2023) dan telah ditugaskan untuk mengajar murid Darjah 1 pada setiap hari. Saya bijak untuk menarik minat pelajar saya untuk terus fokus belajar dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan seperti yang telah saya pelajari di IPG. Saya akan memastikan setiap proses PdP berlangsung dengan baik dan pelajar dapat memahami tentang topik yang dipelajari pada hari berkenaan. Perwatakan saya sangat ramah tetapi tegas apabila sesi pdp berlangsung. Saya sangat mengambil kira emosi pelajar saya dan memastikan emosi mereka dalam keadaan stabil dan ceria sebelum memulakan pengajaran. Dengan pengalaman serta pendekatan yang saya ada, jadikan saya sebagai tutor anda pada setiap hari !
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang kebiasaan saya gunakan ialah melalui pendekatan muzik. Saya percaya teknik ini mudah dipelajari dan diingati oleh pelajar. Muzik yang digunakan adalah berkaitan dengan topik yang dipelajari pada waktu berkenaan. Di samping menimba ilmu pengetahuan, saya mahu selitkan elemen keceriaan dalam pengajaran supaya pelajar tidak mudah berasa bosan atau tertekan. Selain itu, saya juga menggunakan pendekatan didik hibur. Kebiasaanya saya akan mencari cara agar sesuatu perkara yang sukar dipelajari dapat difahami dengan mudah oleh pelajar. Saya juga sering melakukan aktiviti permainan dalam sesi pengajaran saya supaya perspektif pelajar lebih terbuka dan seronok semasa kelas berlangsung.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 1, Tadika, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BI Darjah 1, Tadika, Darjah 2
Membaca - BM Darjah 1, Tadika, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 1
Bahasa Inggeris Darjah 1, Tadika, Darjah 2
Matematik Tadika