Seorang graduan Diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan di KPM Ayer Molek. Mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap bidang pengajar. Subjek Matematik Melayu merupakan antara subjek teras yang menjadi keutamaan dan kegemaran saya. Berkemahiran dalam memahamkan seseorang tentang sesuatu topik, rakan-rakan serta 'junior' sering menjadikan saya tempat rujukan sekiranya mereka keliru terhadap sesuatu pelajaran. Saya juga berkeyakinan tinggi bahawa saya boleh menjadi seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang kerana ahli keluarga juga berada dalam bidang guru sekolah dan guru tusyen. Menemani ibu mengajar di kelas-kelas tambahan setiap minggu di sekolahnya sejak kecil adalah antara asbab terpupuknya minat untuk mengajar dalam diri saya. Memerhati dan menganalisis merupakan kelebihan saya yang dapat diadaptasikan bagi menyesuaikan gaya belajar murid dan mengenalpasti titik kelemahannya. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar.
Inginkan anak anda suka belajar dan skor dalam pelajaran? Hubungi saya sekarang.
Teaching Method(s)
Telah melibatkan diri dalam industri pendidikan sejak kecil, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan dna minat para anak anda. Saya menggunakan teknik didik sambil berhibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Kaedah latihan yang menarik merupakan kepakaran saya bergantung kepada keupayaan pelajar dalam memantapkan topik-topik yang pelajar lemah. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar.
Bergembira sambil Skort A+ anak-anak adalah visi saya.