mytutor_mobile
Profile Picture

Helda Nicholas

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Early Childhood Education With Special Education As Major

Keningau, Sabah

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Helda atau boleh panggil saya Cikgu Ida. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 15 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Matematik dan Bahasa Inggeris merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala bahasa Bahasa Melayu dan Sains merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga sering mengendalikan seminar buat calon SPM di samping kelas-kelas dalam kumpulan yang besar. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini. Kita belajar dalam keadaan yang santai tanpa tekanan tetapi mampu mendapat results yang gempak
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 15 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik skor A+ SPM bagi subjek bahasa Melayu dalam 50 sesi kelas setahun merupakan suatu teknik yang telah saya rangka sejak tahun 2019. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Sains - DLP Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Pendidikan Moral Darjah 2
Seni & Kraf Darjah 2
Communication & Writing Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1, Tadika
Sejarah Darjah 4