Profile Picture

Muhamad Mahzan

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Science (Hons) Aquatic Science / Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza)

Merlimau, Melaka

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai, saya Muhamad Mahzan, seorang tutor sains dan matematik. Saya mempunyai latar belakang pendidikan dan pengalaman yang kukuh dalam sains dan matematik, dan saya komited untuk membantu murid-murid memahami konsep yang boleh menjadi rumit dalam kedua-dua mata pelajaran ini. Saya telah membantu ramai murid dengan pengajian sains dan matematik mereka sejak beberapa tahun yang lalu. Adakah terdapat topik atau konsep tertentu dalam sains atau matematik yang anda ingin pelajari atau ada soalan? Mari belajar bersama Cikgu Mahzan :)
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya adalah sesuai untuk murid-murid mengikut umur. Teknik yang yang digunakan adalah bukan sahaja dengan memberi ilmu melalui percakap sahaja, tetapi membuat latihan bersama-sama selepas mengajar supaya mereka biasa dengan soalan-soalan berkaitan dan lebih mudah untuk mengingati tentang apa yang dipelajari. Sebagai bekas seorang President dan ketua di pelbagai persatuan dan kelab ketika berada di sekolah dan universiti, nasihat dan kaunseling juga akan diberikan dalam linkungan 10 minit pada setiap kelas untuk membuka minda murid-murid tentang betapa pentingnya untuk ilmu & pelajaran, cita-cita, dan sebagainya untuk mereka bersiap sedia menghadapi alam di peringkat atasan pada masa hadapan.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains - DLP Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Mengaji - Al-Quran Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6