Profile Picture

Mohamad Hazrisham *******

(Physical)

Sarjana Muda - Bacelor Sains Matematik Dengan Pendidikan (Kepujian)

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Graduated)

Kajang, Selangor

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Bismillah. Saya Cikgu Sham. Saya merupakan seorang graduan dalam bidang pendidikan dengan kepakaran utama adalah dalam modul Pembelajaran Abad ke 21. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Matematik merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Sains, Fizik, Kimia dan Biologi merupakan subjek minor. Namun, saya juga mempunyai pengalaman dalam mengajar subjek yang lain seperti Sejarah, Perniagaan dan RBT. Berkemahiran dalam Teknik pembelajaran abad ke 21 menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga berkemampuan untuk mengendalikan seminar buat calon-calon peperiksaan di samping kelas-kelas dalam kumpulan yang besar. Selain itu, saya mempunyai pengalaman dalam bidang psikologi dan sosiologi Pendidikan yang menjadi kunci dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Sebagai seorang fresh graduate, saya seringkali menerapkan teknik-teknik pembelajaran abad ke 21 melalui penekanan aktiviti luar kelas, penggunaan simulasi pembelajaran serta laman web yang pelbagai bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mampu mengaplikasikan kepelbagaian teknik pembelajaran bergantung kepada minat dan kesesuaian pelajar. Pendekatan peta minda juga merupakan antara kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Ratings and Reviews

Hairulianawati : Fizik - Bahasa Melayu

Cikgu Hazrisham adalan tutor yang proaktif. Sessi pembelajaran dirancang awal sebelum kelas. Latihan juga diberi awal sehari supaya dapat berbincang pada sessi kelas. Teknik mengajar senang untuk difahami.

Syaimak Binti Abdul Shukor : Fizik - Bahasa Melayu

awesome

Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Reka Bentuk Teknologi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4
Sains - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4
Ekonomi Tingkatan 4, Tingkatan 5
Perniagaan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Kimia - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Komputer Tingkatan 4
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Rumah Tangga Tingkatan 5