mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Nathasya *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Applied Language (hons) Arabic For Professional Communication

Kapar, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Salam perkenalan. Saya, Teacher Sya, berpengalaman dalam bidang pendidikan di salah sebuah sekolah swasta dan juga merupakan tutor dalam talian separuh masa. Selain itu, kini saya juga merupakan pelajar bagi Sarjana Bahasa Gunaan UiTM Shah Alam. Saya akan memberi fokus dalam bidang bahasa dan Al-Quran. Sasaran pelajar saya adalah terbuka kepada pelajar sekolah rendah hingga pelajar universiti. Pengalaman dan kemahiran yang dimiliki sepanjang saya bekerja sebagai seorang guru akan diaplikasikan dengan baik kepada murid-murid dibawah tanggungjawab saya. Fasih berbahasa Inggeris dan juga Arab menjadikan kebanyakan ibubapa memilih saya sebagai tutor bagi membantu proses pembelajaran anak mereka. Kini berkhidmat sebagai Pensyarah Bahasa Arab di Jabatan Bahasa Kolej UNITI Port Dickson.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 6 tahun menjadi tutor sambilan, pemilihan teknik mengajar adalah bergantung kepada keupayaan para pelajar. Fun-learning Based menjadi pilihan saya sebagai teknik pengajaran. Pembelajaran yang menggunakan lagu juga merupakan antara salah satu teknik berkesan setelah melihat kepada konsistensi pelajar dalam memahami topik yang diajar dalam setiap sesi. Penggunaan akronim yang saya cipta mengikut subjek tertentu juga dilihat menjadi kegemaran kerana memudahkan mereka untuk menghafal fakta/maklumat penting.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Fardhu Ain Tadika
Mengaji - Iqra Tadika
Bahasa Arab Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Tingkatan 1, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
P. Islam Darjah 1
Mengaji - Al-Quran Darjah 1, Tingkatan 1
Usuluddin Tingkatan 4, Tingkatan 5
Al-Syariah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Al-Adab wa Al-Balaghah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Al-Manahij Al-Ulum Al-Islami Tingkatan 4, Tingkatan 5
Tasawwur Islam Tingkatan 5
Public Speaking Pertengahan (Intermediate)