Profile Picture

Zalinda

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor In Education (Tesl) Uitm

Universiti Teknologi MARA (Kuantan) (Telah Bergraduasi)

Bandar Baru Bangi, Selangor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya, Teacher Linda. Saya berpengalaman sebagai seorang tutor di peringkat sekolah rendah, menengah, sijil dan diploma lebih dari 15 tahun. Bahasa Inggeris merupakan bidang utama saya dalam bidang pendidikan. Manakala kelas bacaan (Bahasa Inggeris / Bahasa Melayu) adalah bidang sampingan pengajaran saya. Saya pernah mengajar di peringkat sekolah, institut, kolej dan universiti sebelum ini dengan pengkhususan dalam subjek Bahasa Inggeris. Saya juga berpengalaman sebagai mentor kepada mentee saya semasa mengajar di kolej terdahulu dimana kami sebagai mentor bertanggungjawab ke atas pencapaian akademik, motivasi, sahsiah dan tahap disiplin pelajar. Selain pencapaian akademik, saya juga memberi tumpuan kepada aspek-aspek yang tersebut pada setiap pelajar.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan pendekatan menganalisa aspek kelemahan pelajar dalam subjek berkenaan. Kemudian, saya akan 'troubleshoot' dengan memilih teknik pengajaran yang sesuai untuk mengatasi kelemahan pelajar tersebut. Teknik/strategi ini akan berbeza antara setiap pelajar. Bahan pengajaran adalah berdasarkan silibus pendidikan terkini dan bahan-bahan sampingan yang relevan dan sesuai dengan kebolehan dan kelemahan pelajar dalam subjek mereka. Penilaian prestasi terkini pelajar akan dijalankan semasa kelas pertama dan ujian penilaian prestasi berkala akan dijalankan mengikut jadual. Teknik pengajaran saya adalah memfokus kepada perkembangan pelajar secara individu serta aspek kekuatan dan kelemahan mereka yang tersendiri. Jika berminat, hubungi saya.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BI Tadika
Membaca - BM Tadika
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3