mytutor_mobile
Profile Picture

Muhammad Danish *******

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Bahasa Inggeris Komunikasi

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Telah Bergraduasi)

Kajang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Teacher Danish, berkelulusan dalam bidang Bahasa Inggeris Komunikasi. Saya seorang yang "friendly" dan bersemangat untuk memberi pemahaman kepada mereka yang takut dengan subjek Bahasa Inggeris. Mendengar kebanyakan pelajar tidak menggemari subjek ini atas faktor bahasa yang susah dan guru yang terlalu tegas membuatkan saya lebih peka untuk membina hubungan "guru-pelajar" yang lebih akrab agar keinginan mempelajari subjek ini semakin menebal dalam diri pelajar. Saya pernah terlibat dalam projek Penguasaan Bahasa Inggeris Komunikasi bersama pelajar sekolah menengah dan mengajar tuisyen pelajar sekolah rendah selama beberapa bulan. Let's learn English and have fun!
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut tahap kelas para pelajar. Metod Bilingual penting bagi saya bagi memastikan para pelajar selesa semasa mempelajari subjek ini. Bagi subjek bahasa seperti ini, penting bagi menggunakan latih tubi yang berterusan mengikut tahap kemampuan pelajar. Bagi sekolah menengah, kaedah "repeated exercise" dan latihan pendengaran diperlukan bagi memberi penyediaan mereka menghadapi peperiksaan. Bagi sekolah rendah pula, kaedah "repeated exercise" dan permainan bahasa penting bagi menarik minat pelajar untuk terus semangat mempelajari subjek ini.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4