Profile Picture

Noramira Farzana *******

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik

Universiti Teknologi MARA (Seremban 3) (Telah Bergraduasi)

Johor Bahru, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya cikgu Amira, saya merupakan tutor yang berdedikasi serta memiliki ‘passion’ yang mendalam dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan menengah. Subjek Matematik dan Matematik Tambahan merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala subjek sains adalah subjek minor. Saya seorang yang komited untuk mendidik dan berkemahiran dalam penyusunan modul untuk memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka. Saya mula menjadi Home Tutor dari August 2023 sehingga kini dan mempunyai 8 orang pelajar di bawah saya. Saya bijak dalam penyusunan jadual masa yang efektif bersama pelajar, saya mudah untuk bertoleransi dengan parents sekiranya terdapat kekangan masa tuition bersama students. Saya seorang tutor yang ramah dan boleh menarik minat students dalam pembelajaran agar kelas berjalan dalam keadaan ceria. Saya boleh mengajar dalam dwibahasa Melayu dan Inggeris (DLP). Saya mampu untuk menunjuk ajar anak tuan puan from hero to zero, dari basic asas kepada soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Hubungi saya untuk menjadi tutor anak tuan puan harini!
Teknik Pengajaran
Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan students. Misalnya, dengan mengunakan kaedah didik hibur dapat mengelakkan pelajar mudah bosan dan mengantuk. Teknik pengajaran dalam subjek matematik yang saya akan laksanakan adalah mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terlebih dahulu, saya akan merangka strategi serta bahan mengajar yang sesuai bergantung kepada tahap students itu sendiri. Saya akan mewujudkan suasana bilik darjah yang ‘supportive’ dan ‘inclusive’ di mana pelajar merasa selesa menyoal, membuat kesilapan dan berkomunikasi 2 hala secara aktif dalam perbincangan. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik. Saya tidak menjanjikan keputusan ‘A+’ kepada anak tuan puan, tapi saya yakin dengan usaha dari kedua-dua pihak dapat membuktikan peningkatan markah exam yang lebih baik. Saya akan membantu sedaya upaya bagi membolehkan anak tuan puan mahir untuk mengaplikasikan soalan KBAT step-by step in real-life problems.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3