Profile Picture

Akmal Hafizi *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Applied Malay Communication

Putrajaya, WP Putrajaya

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai semua. Saya merupakan graduan pelajar bahasa Melayu di sebuah Institusi Pengajian Tinggi. Bergelumang dengan bidang bahasa Melayu sejak sekolah rendah, aliran sastera di sekolah menengah, jurusan kemanusiaan yang melibatkan bahasa Melayu di peringkat STPM dan bidang bahasa Melayu yang lebih profesional di peringkat Ijazah. Walaupun seorang yang baharu dalam bidang tutor namun saya mempunyai semangat dan kecekalan dalam bidang terutamanya bahasa Melayu untuk diterapkan kepada pelajar. Nilai tambahan juga buat saya yang kini sedang mengajar di sebuah pusat tuisyen terhadap murid-murid dari sekolah rendah sehingga menengah dalam pelbagai disiplin bidang ilmu. Jadikan saya sebagai tutor anda untuk nilai tambah yang baik dalam keputusan mendatang.
Teknik Pengajaran
Saya akan mengaplikasikan teknik disiplin ilmu yang berteraskan Latihan kemudian Pengajaran. Dari situ, saya sebagai tutor dapat melihat kelemahan dan kekuatan yang ada pada pelajar dan menambah baik ilmu serta pembelajaran yang telah didapati oleh pelajar ketika tempoh pembelajaran di Sekolah harian. Disamping itu, kekuatan teknik pengajaran yang akan diberikan dalam tempoh pembelajaran adalah bersifat inklusif dengan menunjukkan contoh, fakta dan terapan yang sesuai kepada pelajar terutamanya untuk subjek pembelajaran teras.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5