mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Atiqah *******

(Dalam Talian)

Sarjana(master) - Pengurusan Sumber Manusia

Universiti Utara Malaysia (Kuala Lumpur) (Telah Bergraduasi)

Putrajaya, WP Putrajaya

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang pengajar yang sentiasa mendambarkan kejayaan kepada setiap anak muridnya. Pendekatan secara interaktif akan diguna pakai bagi menarik pelajar untuk belajar dan sukakan ilmu. Saya juga mampu memberi motivasi melalui galakkan kepada pelajar untuk sentiasa mencari ilmu dan mempelajari sesuatu bukan hanya untuk lulus peperiksaan akan tetapi penting bagi memudahkan kehidupan harian di masa hadapan. Seterusnya adalah saya mempunyai pengalaman menjadi fasilitator pecutan akhir bagi peperiksaan bagi subjek matematik terutama kepada pelajar yang mempunyai keputusan gagal untuk lulus.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang akan digunakan adalah melalui pemahaman yang mendalam mengenai sesuatu isu dengan memberi gambaran sebenar sesuai dengan situasi semasa. Selain itu, saya akan mengenali pelajar melalui analisis terhadap interaksi yang diberikan oleh pelajar dan pendekatan yang berbeza akan diguna pakai mengikut kesesuaian adaptasi pelajar. Saya sentiasa mengutamakan kualiti bagi memastikan pelajar sentiasa peka dan tertarik dengan ilmu yang ingin dipelajari.

1) Teknik mengenali
-Dimulakan dengan pemaklumat tajuk yang akan dipelajari (outcome)
-Perbincangan mengenai tajuk yang dipelajari

2) Teknik soal jawab
- Pelajar akan disoal bagi memastikan tahap kefahaman pelajar menganai tajuk yang dibincangkan

3) Ujian
- Pelajar akan diuji bagi memastikan outcomes pembelajaran dicapai
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 3, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Melayu Darjah 3, Tingkatan 1
Sains Darjah 3
Sejarah Tingkatan 3, Tingkatan 1