Saya dikenali dengan panggilan Hud. Bidang pengajian saya adalah bahagian seni dan kreatif tetapi saya juga mampu mengajar dalam subjek asas sekolah rendah dan menengah rendah. Saya seorang yang mampu membuat banyak kerja dalam satu masa. Tidak terlalu garang dan ramah adalah peribadi yang selalu diperkatakan orang sekeliling kepada saya. Saya sangat mementingkan masa dan boleh berunding dengan tenang. Nak anak anda dapat belajar secara kreatif dan tidak tertekan? Hubungi saya harini..
Teaching Method(s)
Saya cenderung untuk mengajak seseorang untuk berfikiran positif dan kurangkan tekanan. Teknik yang selalu saya gunakan apabila berjumpa orang baru adalah mengenalpasti peribadi seseorang. Saya cuba untuk memahami terlebih dahulu gaya komunikasi dan pembelajaran seseorang sebelum saya memulakan sesi kelas. Bagi saya, wajar untuk mengetahui minat anak-anak untuk senang mendekati cara pembelajaran mereka. Jika anak-anak dengan rela membuat sesuatu, itu adalah kejayaan pertama untuk mereka terokai banyak lagi ilmu yang boleh dipelajari..