mytutor_mobile
Profile Picture

Anis Farzana *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Electrical Engineering (Universiti Malaysia Perlis)

Universiti Malaysia Perlis (Arau) (Telah Bergraduasi)

Kodiang, Kedah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Anis Rejab. Saya merupakan seorang fresh graduate dalam bidang kejuruteraan dan memiliki minat yang mendalam untuk menjadi seorang tutor. Semasa di UniMAP, saya selalu adakan study group dengan kawan rapat untuk berkongsi ilmu dan cara saya belajar dgn mereka. Trademark saya, Saya Berjaya, Mereka Berjaya... Saya sangat mengutamakan Subjek Matematik dan Matematik Tambahan, kerena seperti sedia maklum, subjek ini merupakan subjek major saya dalam dunia kejuruteraan. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Walaupun saya bukan dari bidang pendidikan, tapi percayalah, saya mampu memberikan ilmu yang terbaik untuk pelapis anak muda Malaysia. Nak anak skor cemerlang? Hubungi saya sekarang.
Teknik Pengajaran
Saya tiada pengalaman dalam bidang pendidikan, tetapi saya mampu saya menerapkan teknik-teknik yang menarik, yang boleh anak-anak puan gunakan untuk membuatkan mereka bersemangat untuk belajar bergantung kepada keupayaan para pelajar. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya. Saya juga sering mengutamakan teknik fahami soalan yang diberikan dahulu, sebelum menentukan jawapan dalam mencapai objektif pembelajaran. Pelbagai pendekatan yang saya gunakan semasa saya belajar dahulu akan saya aplikasikan kepada pelajar-pelajar saya. Kejayaan yang cemerlang dari pelajar-pelajar saya adalah kejayaan untuk saya sebagai seorang graduasi kejuruteraan elektrik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5