Profile Picture

Sharifah Noor *******

(Dalam Talian)

Sijil Pelajaran Malaysia(spm) - Degree In Laws (International Islamic University Malaysia)

Jerantut, Pahang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Sharifah. Meskipun saya masih baru menceburi bidang tutor, mengajar ialah salah satu hobi dan minat saya. Saya sering menjadi mentor kepada rakan sebaya untuk pelbagai mata pelajaran semasa di sekolah dahulu. Kini, saya sedang menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang, pengkhususan dalam jurusan shari'ah. Saya yakin dengan pengalaman dan kemahiran yang ada, saya mampu untuk mengasah dan membimbing para pelajar. Memandangkan saya juga masih merupakan seorang pelajar, lebih mudah bagi saya untuk memahami kehendak pelajar. Minat saya adalah dalam bidang bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Selain itu, saya juga mampu untuk mengajar mata pelajaran lain seperti Pendidikan Islam, Matematik dan Sains.
Teknik Pengajaran
Penyediaan bahan pembelajaran yang menarik - menyediakan pembentangan slaid yang menarik bagi setiap topik dan membentangkan nota atau peta minda yang mudah untuk difahami dan digunakan.

Pembelajaran secara interaktif - mengaplikasikan strategi pemusatan pelajar dengan melakukan soal jawab sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Menggalakkan pelajar untuk cuba menjawab soalan dan memperbaiki kesalahan secara langsung.

Latih Tubi - mengadakan kuiz ringkas atau ujian bertopik sebagai latih tubi supaya dapat menajamkan lagi ingatan dan pemahaman pelajar.

Penyelesaian Masalah - megaplikasikan "Problem-Based Learning" dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Arab Darjah 1, Tingkatan 1, Tingkatan 2