Profile Picture

Mohamad Muzakkir *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian)(Kewangan)/universiti Teknologi Mara

Kuching, Sarawak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Muzakkir. Saya merupakan seorang tutor yang mempunyai pengalaman dalam bidang menganalisa maklumat berkaitan tentang maklumat kewangan sesebuah syarikat. Namun begitu, Bahasa Inggeris merupakan minat saya sejak di bangku persekolahan lagi. Walaupun baru mengorak langkah di dalam bidang mengajar ini, saya selaku seorang pendidik amat yakin dengan kebolehan saya dalam membantu para pelajar dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Ketika saya masih bekerja sebagai seorang penganalisa, penggunaan Bahasa Inggeris dalam kegunaan seharian di pejabat telah banyak membantu saya dalam mengukuhkan lagi penguasaan bahasa tersebut. Dari segi penulisan emel, menghantar memo, membuat panggilan, mahupun ketika mesyuarat, penggunaan Bahasa Inggeris adalah pada tahap 100%. Maka, tidak hairanlah jika saya berasa amat yakin dalam membantu bakal pelajar saya nanti untuk menguasai Bahasa Inggeris. Subjek Bahasa Inggeris merupakan subjek TERAS saya manakala subjek Bahasa Melayu merupakan subjek minor saya. Modul pembelajaran yang bakal saya susun nanti akan memasukkan elemen FUN dan INTERACTIVE bagi membolehkan pelajar menguasai konsep PEMAHAMAN, MEMBACA, dan MENULIS di dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Anda dah bersedia untuk lihat anak anda skor cemerlang di dalam subjek Bahasa Inggeris? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang bakal saya terapkan nanti akan mengandungi elemen FUN dan INTERACTIVE. Ini membolehkan pembelajaran dilakukan di dalam suasana yang seronok dan tidak membosankan. Aplikasi teknik didik hibur bagi mencapai objektif pembelajaran juga bakal diterapkan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan peta minda bagi membantu pelajar memahami penggunaan frasa Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian juga bakal dilaksanakan. Kepuasan anak didik dalam menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan kaedah yang menyeronokkan merupakan visi saya sebagai seorang pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Tingkatan 1
Bahasa Melayu Tingkatan 1