About Me
Hai! Boleh panggil saya Cikgu Armi! Saya merupakan seorang pelajar diploma pendidikan dan juga bakal menjadi guru sekolah kelak. Semasa di universiti, saya sudah terbiasa melakukan 'mock teaching' sebagai tugasan kursus. Malah bukan itu sahaja, sebagai bakal guru, kami dikehendaki untuk menyediakan rancangan pengajaran harian bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai. Saya dilatih oleh pensyarah untuk mengajar di dalam kelas dan diberi tugasan untuk membuat pelbagai soalan KBAT, kuiz, mencipta bahan bantu mengajar dan lain-lain. Saya juga pernah mempelajari ilmu berkaitan Pedagogi, Pengajaran Mikro, Psikologi Pendidikan dan sebagainya. Dengan ilmu yang sedikit ini, saya boleh memahami sikap pelajar dan boleh mengawal kelas dengan baik. Walaupun pengalaman saya sedikit, saya tekad dan berusaha untuk terus belajar mencari ilmu demi mendidik anak bangsa. Bahkan saya juga akan memperbaiki kaedah pengajaran saya hari demi hari supaya murid-murid saya seronok dan boleh kuasai kandungan pelajaran dengan mudah. Jangan takut, jangan segan, insya-Allah saya mampu bimbing anak anda <3
Teaching Method(s)
Berpengalaman sebagai pelajar diploma pendidikan, saya sudah dilatih dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang berkesan. Kebiasaannya, saya menyediakan slaid pengajaran yang menarik supaya murid-murid lebih memahami semasa proses PdP berlangsung. Tidak lupa juga, saya sering menggunakan kaedah akronim bagi mengingati sesuatu pelajaran. Ini juga merupakan salah satu cara yang berkesan bagi murid-murid yang perlu menghafal nota untuk peperiksaan. Sebagai teknik pengajaran, saya menggunakan kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar. Makna kata, tugas saya ketika itu adalah menjadikan murid semakin aktif dan terlibat sama dalam proses PdP. Sebagai contoh, saya akan menyediakan pelbagai permainan yang menarik seperti Roda Impian, Kotak Misteri, Gallery Walk dan sebagainya. Untuk latihan pengukuhan, lazimnya saya akan memberi soalan ataupun kuiz dalam pelbagai aplikasi seperti Quizziz, Kahoot! dan juga Wordwall. Saya juga selalu menerapkan kaedah didik hibur dalam proses PdP seperti menyanyi bersama-sama. Matlamat saya adalah untuk membimbing dan mendidik murid-murid dengan kaedah yang menyeronokkan tetapi memberi hasil yang cemerlang.