Profile Picture

Izzah Zahra *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Degree In Furniture Design (University Tun Hussein Onn Malaysia)

Pendang, Kedah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai, assalamualaikum dan selamat sejahtera semua✨ Saya izzah zahra, seorang pelajar uthm dan bidang saya reka bentuk teknologi dan pembuatan perabot. Saya merupakan seorang bekas pelajar tingkatan 6 di sebuah sekolah di dalam negeri Kedah. Saya juga merupakan guru muda dalam subjek bahasa Melayu dan Perniagaan. Saya merupakan pelajar cemerlang dalam STPM dengan PNGK 3.84. Dengan mencatat keputusan Bahasa Melayu dan Perniagaan memperoleh A dalam kedua-dua subjek tersebut. Saya sangat suka mengajar rakan-rakan sewaktu saya di tingkatan 6. Saya juga pernah mengajar senior saya yang mengulang sewaktu saya semester 1. Alhamdulillah mereka memahami apa yang saya ajar dan mereka memperoleh A dalam subjek tersebut. Siapa sangka seorang junior mampu mengajar senior. Saya juga mengajar secara online seorang anak kepada kawan guru bahasa melayu saya. Alhamdulillah, dahulu dia menyatakan bahasa melayu subjek yang paling susah, akan tetapi keputusan keseluruhan baru-baru ini keputusan bahasa melayu merupakan keputusan yang paling tinggi antara subjek yang lain. Saya juga sangat suka berkongsi teknik penghafalan dengan rakan-rakan saya dalam subjek perniagaan. Alhamdulillah terangan saya kepada rakan-rakan saya amatlah berkesan, mereka sangat mudah faham dengan contoh yang berikan. Saya sangat suka subjek perniagaan sehingga di universiti pun saya tetap menyambung subjek perniagaan. InshaAllah saya dapat bantu anda dalam menguasai subjek perniagaan ini dengan contoh yang sangat mudah. Walaupun saya sudah menyambung degree, cikgu-cikgu bahasa melayu dan perniagaan saya tetap memanggil saya untuk berkongsi ilmu dengan junior-junior di sekolah lama saya, boleh dikatakan saya dipanggil ke sekolah setiap kali saya pulang ke kedah. Saya sangat suka berkongsi ilmu tentang apa yang saya pelajari, InshaAllah saya akan bantu sedaya upaya saya untuk bantu anak-anak anda dan anda dalam bahasa melayu dan perniagaan. Sekian, terima kasih.
Teknik Pengajaran
Teknik atau pendekatan yang saya guna adalah saya lebih kepada bahan bantu mengajar. Saya akan memberi penerangan yang jelas berserta contoh yang mudah difahami oleh pelajar. Saya akan mengajar secara santai supaya pelajar tidak mudah mengantuk dan semangat untuk belajar. Teknik pengajaran saya lebih kepada contoh yang mudah difahami sehingga pelajar lebih mudah untuk faham sesuatu topik tersebut. Saya sangat suka menjadi saya sebagai rakan kepada pelajar kerana pelajar akan bersemangat untuk belajar. Saya akan sedaya-upaya saya untuk pelajar memahami apa yang saya ajarkan. Tidak kiralah jika pelajar meminta untuk saya mengulangi topik tersebut beberapa kali sekali pun. Saya akan pastikan pelajar saya faham sebelum saya mengajar topik yang lain. Saya akan menguji pelajar saya dengan latihan supaya saya dalam mengenalpasti kelemahan pelajar saya. Saya sangat suka berkongsi ilmu yang telah saya pelajari sebagai bekalan saya di alam sana. InshaAllah saya akan usaha sedaya upaya saya untuk memberi yang terbaik kepada pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu STPM - Tingkatan 6
Perniagaan STPM - Tingkatan 6