mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Syahirah *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Foundation In Law Uitm Dengkil, Degree In Tesl Uitm Puncak Alam

Tanah Merah, Kelantan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Syahirah. Saya masih bergelar sebagai seorang pelajar Sarjana Muda Pendidikan (kepujian) dalam Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua iaitu lebih dikenali sebagai TESL. Sebelum ini, saya merupakan graduan lepasan Asasi UiTM dalam bidang undang-undang. Namun begitu, oleh kerana perasaan cinta yang mendalam akan bidang pendidikan membuatkan saya lebih memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang ini. Bahasa Inggeris merupakan subjek major saya dalam bidang pendidikan disamping Bahasa Melayu sebagai subjek minor. Buat masa ini, saya tidak mempunyai pengalaman mengajar lagi dalam bidang pendidikan. Namun begitu, jika diberi peluang saya komited untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan sehabis baik serta berkesan. Hubungi saya segera untuk mendapatkan khidmat tutor buat anak-anak anda :)
Teknik Pengajaran
Bergelar seorang pelajar dalam bidang pendidikan sudah semestinya memberikan saya sedikit sebanyak pengalaman dalam mengendalikan bilik darjah serta sebagai panduan untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Pertama sekali, saya akan meneliti silibus pembelajaran bagi sesuatu tahap dan kemudian menjalankan proses pengajaran mengikut pelan pembelajaran yang disyorkan. Setelah itu, pendekatan seperti QnA, latihan tambahan dan juga aktiviti menarik dilihat sebagai suatu inisiatif yang berkesan bagi memastikan kefahaman pelajar berada pada tahap yang memuaskan.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1