Profile Picture

Azinuredayu Amira *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Biomedical Science (University Of Malaya)

Kota Bharu, Kelantan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya tutor Amira. Saya merupakan pelajar lepasan Sains Perubatan dari Universiti Malaya. Saya seorang yang berdedikasi dan mempunyai semangat ingin membantu dalam berkongsi ilmu kepada adik-adik yang ingin memantapkan kefahaman dalam subjek-subjek pembelajaran di sekolah. Semasa di universiti, saya telah melibatkan diri dalam dunia pengajaran. Saya mempunyai pengalaman mengajar sekolah rendah secara bersemuka selama tiga bulan dalam program Mentor-Mentee yang dianjurkan oleh pihak universiti. Selain itu, saya juga mempunyai pengalaman mengajar dalam talian selama beberapa bulan sebanyak lima sesi sepanjang tempoh pkp. Selepas kelima-lima sesi dijalankan, saya wajib menghantar laporan prestasi adik-adik saya kepada pihak universiti bagi melihat perkembangan mereka sama ada mereka ini mempunyai bakat yang tersembunyi yang harus digilap untuk impian masa hadapan mereka. Subjek Sains dan Matematik merupakan subjek pilihan saya dalam mengajar semasa program Mentor-Mentee tersebut kerana pihak kami ingin memberi pendedahan kepada murid sekolah rendah dan menengah tentang bidang STEM (Sains, Teknologi, Engeneering & Matematik). Semasa pengajaran, saya mahir dalam menyediakan modul-modul pengajaran dan menyusun modul-modul mengikut kaedah pengajaran terkini berdasarkan masa yang diperuntuk semasa sesi pengajaran. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Jadi, kepercayaan dari pihak ibu bapa amat saya hargai. Apa tunggu lagi, hubungi saya hari ini. Insya-Allah, saya akan berkongsi ilmu untuk anak-anak anda skor cemerlang dalam pelajaran.
Teknik Pengajaran
Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik santai dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda dan ''abbreviation''merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Tambahan pula, pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kefahaman dan kebebasan dalam mengetengahkan kreativiti anak-anak dalam memahami perkara yang dipelajari dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 2, Tingkatan 1, Tingkatan 3
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3