Profile Picture

Najwa Nazihah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Science/geology

University of Arizona (Telah Bergraduasi)

Kodiang, Kedah

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi! Saya Miss Wawa, seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 4 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah terutamanya. Subjek major saya dalam dunia pendidikan adalah subjek Matematik dan Sains (termasuk kimia, fizik), diikuti subjek bahasa Inggeris dan lain-lain. Saya percaya bagi melahirkan pelajar cemerlang, keperluan mendapatkan guru yang berkemahiran dalam penyusunan modul adalah penting. Tidak dinafikan kepakaran saya dalam mengendalikan pelajar dalam one-to-one session membolehkan saya mengenalpasti kelebihan dan kelemahan pelajar dalam jangka masa yang pendek. Saya juga berpengalaman mengendalikan kelas untuk dua pelajar dalam satu sesi. Pendek kata, jika inginkan anak anda peroleh skor cemerlang, usah berlengah lagi! Hubungi saya hari ini
Teknik Pengajaran
Berdasarkan pengalaman selama 4 tahun dalam dunia pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang efektif dan atraktif bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik belajar sambil bermain dalam mencapai objektif pembelajaran. Platform untuk bermain ini juga dijadikan sebagai latihan atau kerja rumah kerana kesukaan pelajar mendapatkan kefahaman yang cepat dan berkesan. Pendekatan rumusan topik dalam bentuk yang mudah (peta minda, bullet point) merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan lain saya gunakan untuk memastikan para pelajar memahami ilmu yang diajar. Sebagai pendidik, kepuasan anak-anak didik dalam menaiki tangga kejayaan adalah segala-galanya. "Jika kamu berhasrat untuk menaiki tangga kejayaan jangan hanya memandang tangga tetapi belajarlah untuk memanjat tangga tersebut".
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, IGCSE MRSM - Tingkatan 1, IGCSE, Darjah 6
Sains Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Kimia - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3, IGCSE MRSM - Tingkatan 4, IGCSE
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1
Sains - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan DLP Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3, IGCSE MRSM - Tingkatan 4, IGCSE
Geografi Tingkatan 5, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1
Mengaji - Al-Quran Tingkatan 5, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Mengaji
Bahasa Inggeris Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Darjah 6