Profile Picture

Fatin Athirah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Financial Mathematics Usim

Beranang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Fatin. Bekerja secara 'self-employed' dibawah sebuah syarikat broker di dalam pasaran Saham Bursa. Saya berpengalaman menjadi home tutor selama 8 tahun, semenjak 2016 sehingga kini. Walaupun bekerja di dalam bidang yang berbeza, namun kerana minat untuk mengajar yang tinggi, pekerjaan hakiki tidak menjadi penghalang. Subjek kepakaran saya adalah Matematik dan Sains (peringkat sekolah rendah dan menengah). Juga berpengalaman sebagai guru mengaji sambilan di Madrasah Annajah Triang Pahang, saya boleh mengajar Subjek KAFA dan pengajian alQuran beserta tajwid kerana mengambil aliran agama dari sekolah menengah sehingga universiti. Selain dari home tutor, sepanjang tempoh saya mula bekerja di bawah syarikat broker, saya telah menganjurkan banyak seminar dan personal coaching berkaitan pelaburan saham yang meliputi semua peringkat umur. Ini membantu saya dalam teknik mengajar dan berkomunikasi dengan baik. Saya akan mencuba sehabis baik untuk bantu pelajar memperbaiki skor di samping mengubah mind set terutama terhadap subjek Math & Sains yang kebiasaanya dianggap sukar oleh para pelajar
Teknik Pengajaran
Memilih kaedah pembelajaran dalam talian sebagai pilihan utama, saya sentiasa memastikan suasana pembelajaran yang interaktif dan hampir sama dengan kaedah bersemuka. Rujukan utama adalah berdasarkan buku teks sekolah, dan saya akan bekalkan pelajar dengan nota dan latihan berperingkat topik per topik. Penggunaan teknologi digital dalam pengajaran seperti whiteboard dan lakaran berwarna menjadikan suasana pembelajaran online seperti di dalam kelas bersama guru, malah lebih interaktif. Selain itu, kaedah melakar mind map dan nota ringkas secara langsung bersama pelajar membantu pelajar memahami dengan lebih jelas. Dengan pilihan kelas di atas talian, jadual belajar lebih fleksibel dan suasana lebih kondusif untuk pelajar, ibu bapa dan guru. Tanpa mengira subjek membaca / mengira / alQuran, saya akan pastikan pelajar dapat faham dengan baik melalui paparan atas talian semasa kelas.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 6, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Dewasa
Matematik Darjah 6, Darjah 4, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
P. Islam Darjah 6
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 6, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Mengaji - Al-Quran Darjah 6, Darjah 3, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5, Mengaji, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Kelas Agama Dewasa
Tilawah Al-Quran KAFA - Darjah 1
Tajwid KAFA - Darjah 1