Profile Picture

Suraya Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Master In Professional Accounting/uq

Titiwangsa, WP Kuala Lumpur

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Salam sejahtera, saya Suraya Abdul Hamid. Seorang akauntan yang minat mengajar Matematik, Matematik Tambahan, Perakaunan & Ekonomi. Karier tutor sambilan telah bermula sejak saya di universiti dengan fokus saya kepada pelajar sekolah peringkat rendah, menengah dan kini diperluaskan kepada peringkat kolej. Sebagaimana saya di peringkat umur mereka ini telah merasai cabaran dan kegagalan dalam subjek-subjek tersebut membuatkan saya bertekad untuk membantu pelajar-pelajar saya memahami hinggalah menguasai subjek-subjek tersebut. Saya percaya setiap ilmu yang baik perlu dikongsi dan disampaikan kepada orang lain agar manfaatnya berterusan.
Teknik Pengajaran
Secret recipe saya dalam pengajaran adalah "simple is more, be fun than die bored", setiap subjek ada caranya untuk kuasai terutamanya tentang asas atau akar subjek itu. Contohnya, kalau subjek matematik, penting untuk memahami formula. Bagi subjek perakaunan atau ekonomi perlu ada penerapan teori kepada penggunaannya dalam kehidupan seharian. Persediaan untuk ujian/peperiksaan amat penting dan saya gemar memberi para pelajar saya set-set soalan yang saya cari/canai/kumpulkan mengikut tahap mudah hingga susah. Namun, berhadapan dengan generasi X memerlukan kemahiran interpersonal dan komunikasi yang mana ada pada saya kerana saya merupakan seorang penceramah yang sentiasa mendapat penilaian yang sangat tinggi.
Subjek
Subjek Tahap
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Ekonomi Tingkatan 4, Tingkatan 5
Perniagaan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Akaun Universiti - Diploma