mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Izzaiti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Degree In Science (Physics)

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Telah Bergraduasi)

Seri Kembangan, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan tutor yang berpengalaman kurang daripada satu semester (<6 bulan) dan telah mengajar pelajar dalam talian dan bersemuka di peringkat asasi sebagai part time tutor. Subjek yang saya ajar adalah Fizik dan Matematik adalah subjek minor pilihan saya. Di sini saya telah memperoleh kemahiran untuk mengolah soalan sesuai dengan kemampuan pelajar dan kehendak hasil pembelajaran mengikut silibus yang ditetapkan. Dalam masa yang singkat ini, saya mendapati saya telah jatuh cinta dengan profesion mengajar terutama sesi "one-to-one". Lagipun, saya sedar kepentingan membentuk minda inovatif dan kritis anak muda serta memandu mereka ke arah jalan yang betul mengikut potensi mereka.
Teknik Pengajaran
Saya lebih menekankan kefahaman pelajar mengikut soalan aplikasi dalam "real-life situation" yang pelajar boleh kaitkan kerana ini lebih memberi ingatan yang bersifat jangka panjang. Kaedah yang saya mahu terapkan kepada pelajar adalah keadah yang berulang-ulang mengikut prestasi pelajar itu sendiri, sebagai contoh soalan berulang yang disoal tapi mengubah sedikit scenario dengan sedikit praktikal atau hands-on.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 5
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5