mytutor_mobile
Profile Picture

Nasiha Sakina *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Chemical Engineering

University of Manchester (Telah Bergraduasi)

Petaling Jaya, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya mempunyai pengalaman mengajar anak didik sekolah rendah/menengah secara one-to-one sebagai kerja sambilan pada era Covid berleluasa. Saya seorang yang bertanggungjawab dan berdedikasi until memastikan anak didik memahami konsep sesebuah mata pelajaran dan mendapat keputusan yang baik untuk subjek tersebut. Saya mempunyai kemahiran berkomunikasi yang cemerlang dengan anak didik di peringkat sekolah rendah/menengah dan sanggup mengatur teknik pengajaran saya bersesuaian dengan keperluan pelajar tersebut. Saya mahu memanfaatkan minat saya yang mendalam terhadap subjektif Matematik untuk mengubah para pelajar menjadi pandai dan sayang akan Matematik. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya akan mengajar konsep sesuatu subjek kepada pelajar dan menggalakkan mereka bertanya jika ada sesuatu yang tidak difahami. Untuk menguji kefahaman mereka, saya akan memberi soalan-soalan yang berkaitan dan melihat cara mereka menjawab. Jika teknik menjawab kurang memuaskan, saya akan menerangkan konsep tersebut berulang kali sehingga mereka betul-betul menguasainya. Saya lebih suka pendekatan didik hibur supaya proses pembelajaran lebih seronok dan kurang stress namun berkesan.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3