Profile Picture

Nur Fatihah *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Sijil Tinggi Agama Malaysia

Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Haii Assalamualaikum. Nama saya Nur fatihah yang lebih dikenali sebagai cikgu teha atau ustazah teha. saya merupakan pelajar lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang Bahasa Arab. Bahasa Arab, mengaji dan pendidikan islam merupakan kepakaran saya dalam dunia pendidikan. saya telah menjalani latihan mengajar selama 4 bulan di sekolah dan mempunyai pengalam mengajar sekolah rendah dan menengah selama 3 tahun. Alhamdulillah selama 3 tahun saya mengajar, para ibu bapa memberi respin yang baik dan ramai yang mengatakan hasil pembelajaran anak mereka menjadi lebih baik dalam bidang bahasa arab, mengaji, pendidikan islam, jawi. Selain itu, kepakaran saya dalam menyusun teknik mengajaran mengikut kemampuan dan kemahiran pelajar menjadikan para pelajar lebih mudah untuk memahami. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi pelajar dan menarik minat para pelajar. Nak anak anda cemerlang dan tingkatkan motivasi diri, sila hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Pengalaman selama 3 tahun 4 bulan dalam dunia pendidikan menjadikan saya suka menggunakan teknik-teknik yang baharu dan menarik minat pelajar mengikut kepada kesesuaian kemahiran mereka seperti kemahiran mendengar, membaca, melihat, kinestetik, visual, dan sebagainya. Saya juga menggunakan teknik pengajaran abad ke-21 yang menekankan kemahiran inovasi dan kreatif dalam pengajaran sebagai contoh, penggunaan game traficlight, peta minda, teka silang kata dan sebagainya. Saya juga telah dilatih di Universiti Pendidikan Sultan Idris atas penggunaan kepelbagaian teknik mengajar abad ke-21. Teknik skor A+ dalam bidang Bahasa Arab, pendidikan islam, mengaji merupakan teknik kegemilangan saya dalam dunia pendidikan.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 3, Darjah 4
Prasekolah - 3M Darjah 2
Bahasa Arab Tingkatan 3, Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 2
Mengaji - Al-Quran Darjah 5, Mengaji
P. Islam Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 2
Membaca - BM Darjah 2
Kelas Agama Dewasa
Sains Darjah 1, Darjah 3
Matematik Darjah 1, Darjah 2