Profile Picture

Tengku Nurulsufiah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Kaunseling

Pasir Mas, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Sufiah, graduan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dari Universiti Malaysia Terengganu. Saya pernah menjadi tutor dirumah untuk matapelajaran Sejarah dan bahasa Melayu yang melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah. Saya mempunyai kemahiran dalam mengatasi pelajar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan masalah dalam diri pelajar kerana saya berpengalaman mengadakan sesi kaunseling bersama mereka di sekolah sewaktu internship. Saya mempunyai kepakaran untuk meningkatkan motivasi dan bimbingan kepada pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dengan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan.
Teknik Pengajaran
Dalam teknik pembelajaran ini saya akan menerapkan pelbagai teknik pengajaran kepada pelajar seperti guru tanya pelajar jawab yang melibatkan semua pelajar supaya semua pelajar aktif dalam kelas tutor saya. Melalui ini juga saya akan berikan kumpulan bagi setiap pelajar khususnya untuk matapelajaran sejarah dan saya akan minta setiap pelajar dalam kumpulan membuat perbentangan untuk tajuk yang ada dalam matapelajaran tersebut. Seterusnya, saya sering menerapkan unsur kecindaan atau jenaka supaya pelajar tidak berasa bosan sepanjang kelas berlangsung. Selain itu, saya akan manfaatkan teknologi yang ada seperti menunjukkan video terlebih dahulu kepada pelajar contohnya kisah sejarah yang berlaku dan melalui itu saya akan membuat pertanyaan kepada pelajar berdasarkan video tersebut. Akhir sekali saya akan memberikan pendekatan peta minda yang mudah untuk difahami supaya mudah untuk pelajar baca semula ketika nak dekat peperiksaan. Hal ini kerana, dengan adanya nota yang ringkas dan padat akan memberi kefahaman yang lebih lagi kepada pelajar dan mudah untuk pelajar cari.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Darjah 1
Bahasa Melayu Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Membaca - BM Darjah 3
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5