mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Syafida *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sijil Pelajaran Malaysia(spm) - Spm 9a

Kajang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai. Nama saya Cikgu Fida. Saya kini melanjutkan pelajaran dalam Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur dengan keputusan terkini, 4 flat untuk 2 semester berturut-turut. Saya berpengalaman sebagai private tutor selama hampir 2 tahun dan masih lagi meneruskan perjuangan untuk membantu anak anak didik yang inginkan kelas tambahan bagi mengasah teknik pembelajaran, minat dalam pendidikan dan memperbaiki gred peperiksaan. Saya tidak menjanjikan bulan bintang jika kalian menjadikan saya sebagai private tutor pilihan anda, tapi saya boleh memastikan kalian bertambah minat dalam pelajaran, terutamanya dari segi memahami dan menguasai teknik menjawab soalan peperiksaan. Maka percaya lah, bila ada minat, semuanya tidak mustahil kerana saya juga menanamkan minat yang mendalam dalam diri saya untuk menguasai apa sahaja bidang ilmu. Major subjek saya adalah matematik, tapi dengan minat yang mendalam dengan ilmu, saya juga boleh mengajar subjek subjek yang lain.
Teknik Pengajaran
Pertamanya, saya akan memastikan adik adik didikan saya memahami setiap topik yang diajarkan di sekolah. Itu lah fungsi utama kelas tambahan, mengasah segala kekurangan.

Keduanya, saya lebih fokus / menekankan teknik menjawab soalan peperiksaan. Pelajar saya sebelum ini banyak peningkatan apabila menguasai cara menjawab soalan.

Akhir sekali, saya akan menanam minat adik adik didikan untuk mempunyai minat dalam pelajaran. Carilah ilmu hingga ke liang lahad. Sesungguhnya orang yang mencari ilmu adalah orang yang sedang berjihad 😊
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Membaca - BI Tadika
Membaca - BM Tadika, Darjah 6
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 6
Matematik Darjah 6, Tingkatan 1
Bahasa Melayu Darjah 6
Bahasa Inggeris Darjah 6
Sains Darjah 6