mytutor_mobile
Profile Picture

Azri Hafriz *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Master Of Science In Integrated Construction Project Management

Bandar Baru Bangi, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan bersemangat tinggi untuk membantu pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Sebagai seorang yang berpengalaman dalam industri pembuatan di salah sebuah kilang Jepun, saya mempunyai cara penyampaian yang efektif dan inovatif untuk membantu pelajar khususnya dalam matapelajaran matematik, sains dan teknikal. Saya berharap pelajar-pelajar dapat mencapai matlamat mereka untuk mendapat kefahaman dalam matapelajaran yang diajar dan mendapat keputusan yang cemerlang. Dari segi peribadi pula, saya seorang yang ramah dan boleh diajak berbincang namun saya agak tegas dalam memastikan pelajar dapat memahami apa yang dipelajari. Saya juga akan sedaya upaya membantu pelajar-pelajar saya memahami sesuatu ilmu dengan konsep yang mudah difahami. Jangan lupa untuk jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya akan menggunakan beberapa teknik pengajaran yang efektif untuk memastikan pelajar senang memahami dan tidak mudah bosan. Saya mengunakan kaedah didik hibur untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan. Antara teknik yang bakal saya gunakan adalah teknik penyelesaian masalah. Strategi penyelesaian masalah sebenarnya merupakan cara pengajaran yang berdasarkan penyiasatan yang saintifik. Strategi penyelesaian masalah ini ialah suatu proses inkuiri iaitu murid mencari jawapan untuk soalan yang relevan kepada mereka. Teknik ini berasaskan falsafah konstruktivisme iaitu murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran. Kaedah dan teknik penyelesaian masalah ini memerlukan murid menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang telah mereka pelajari serta proses pemikiran untuk menyelesaikan masalah.Aktiviti seperti membimbing murid memahami masalah mengingat semula pengalaman lalu seterusnya memilih strategi yang sesuai untuk menyelesaikannya. Saya juga akan menerapkan teknik-teknik lain seperti perbincangan yang melibatkan guru dan pelajar. Perbincangan bukan sahaja meransang interaksi antara murid secara bermakna tetapi juga menggalakkan pelbagai pembelajaran yang merangkumi kandungan, kemahiran, sikap, dan proses-proses pembelajaran. Di samping itu, kaedah ini dapat menggalakkan perkembangan mentalmurid supaya dapat menyumbang idea dan pandangan secara sistematik. Saya juga akan menerapkan beberapa teknik-teknik lain yang menarik bergantung kepada keupayaan dan cara berfikir para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik Belajar Sambil Bermain. Konsep main dapat dijelaskan sebagai “tingkah laku dinamik, aktif,dan konstruktif telah disebatikan dalam diri pelajar dalam mencapai objektif pembelajaran.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Reka Bentuk dan Teknologi Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6