Profile Picture

Kamariah Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Sarjana Sains Teknologi Maklumat

Seremban, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya cikgu Kamariah. Saya merupakan seorang guru yang berdedikasi dan berpengalaman selama 16 tahun di dalam mendidik pelajar di sekolah menengah dan rendah. Subjek Sains dan Geografi merupakan mata pelajaran utama yang saya ajar di sekolah menengah manakala Bahasa Melayu adalah mata pelajaran yang saya ajar di sekolah rendah. Berpengalaman menjadi pentaksir sekolah bagi mata pelajaran Sains dan Geografi bagi peperiksaan PT3 dan pernah mendapat anugerah mata pelajaran cemerlang Geografi PMR pada tahun 2013 di peringkat sekolah. Bagi sekolah rendah pula, saya mengajar murid tahun 1 hingga tahun 5 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Sila hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 16 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik menarik bergantung kepada keupayaan pelajar. Saya juga mengaplikasi teknik teknik cipta formula dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Geografi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3