mytutor_mobile
Profile Picture

Christy Daniel

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sijil - Sijil Matrikulasi Malaysia

Miri, Sarawak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan graduan dari Kolej Matrikulasi Labuan sesi 2018/2020 dan kini merupakan pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) di Open University Malaysia. Di masa terluang, saya boleh mengajar anak didik saya dengan jadual yang fleksibel. Saya mempunyai semangat juang yang tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam akademik mereka. Saya juga sangat berdedikasi dan memastikan sesi pengajaran saya berlangsung dengan baik supaya anak didik saya dapat memahami dengan baik sepanjang sesi pengajaran berlangsung. Saya berharap dapat membantu anak didik saya secara berkesan baik secara dalam talian mahupun bersemuka.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik yang mudah difahami oleh pelajar dan menerangkan silibus yang digunakan dalam era masa kini. Saya juga akan menyediakan rutin pengajaran yang efektif seperti aktiviti yang menarik yang boleh menarik minat pelajar. Di samping itu, saya juga boleh membantu anak didik saya berkenaan kerja sekolah yang diberikan guru mereka di sekolah. Saya juga akan menyediakan nota jika ianya diperlukan oleh anak didik saya.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 4, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Tingkatan 1