Profile Picture

Azzarul Ashman *******

(Bersemuka)

Diploma / Stpm - Diploma In Office Administration

Kajang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi and Selamat Sejahtera. Nama saya Azzarul Ashman Bin Rohimi, boleh panggil saya Zarul. Saya berumur 26 tahun. Saya mempunyai kecenderungan untuk menjadi seorang pendidik walaupun pengajian tinggi saya tiada untuk kearah tersebut. Ini kerana dari remaja saya mudah untuk didekati kanak-kanak serta mereka mudah untuk selesa dengan saya. Saya juga senang dan mudah melayan mereka dan bila mereka bertanyakan sesuatu walaupun tentang sesuatu yang saya tidak tahu, saya akan terus mencari maklumat berkenaan serta akan sampaikan kepada mereka dengan kata yang lebih mudah untuk mereka fahami.
Teknik Pengajaran
Saya akan memilih untuk mengunakan teknik mengajar 'Know your audience'. Dimana saya akan mengenali setiap anak murid saya. Kesukaan mereka, kecenderungan mereka dan saya akan gunakan ia untuk memberikan mereka tunjuk ajar serta mengajar mereka. Bila ini saya implikasikan di dalam pembelajaran saya maka mereka tidak akan mudah untuk mengantuk mahupon berasa bosan. Saya juga akan menguraikan sesuatu kepada sesuatu perkara yang mereka akan lebih memahami dalam mengajar mereka. 'Tackle' hati mereka untuk menanamkan sifat bahawa belajar juga boleh jadi sesuatu yang menyeronokkan.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Darjah 1, Darjah 2
Seni & Kraf Darjah 1, Darjah 2
Matematik Darjah 1