Profile Picture

Mohd Azmi *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Kolej Universiti Insaniah (Kuin)

Subang Jaya, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Ustaz Azmi. Saya merupakan seorang Guru yang berdedikasi dan berpengalaman selama 7 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.Kelas mengaji Al-Quran dan Iqra merupakan dunia pendidikan saya. Selain itu juga, saya merupakan salah seorang tenaga pengajar di sekolah kebangsaan di bawah KPM dan merupakan Guru Pendidikan Islam. Berkemahiran dalam mengendali murid yang ingin mengenal Al Quran atau ingin celik Al-Quran. Nak anak pandai membaca Al-Quran serta tingkatkan kemahiran celik Iqra' anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 7 tahun dalam bidang pendidikan Al-Quran, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik bertalaqi guru dengan murid seperti yang dianjurkan oleh nabi kita Muhammad s.a.w dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai membaca dan mengenal Al-Quran merupakan visi saya sebagai pendidik
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra Darjah 6, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 3, Darjah 1, Darjah 2