mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Elysha *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Business Administration (universiti Utara Malaysia)

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Telah Bergraduasi)

Kulim, Kedah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Semasa di universiti, saya bergiat aktif dalam menjadi tenaga pelajar seperti faci dan mentor. Saya berazam untuk menjadi seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang tegas namun lembut dalam mengajar. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka. Saya juga pernah membuat modul pengajaran yang tersendiri yang mana ianya akan membantu pelajar untuk mengulangkaji dengan lebih mudah. Pada masa yang sama, saya pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya mengunakan pelbagai kaedah pengajaran seperti hiburan iaitu menjawab soalan berdasarkan permainan, membuat quiz dan sebagainya untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan. Saya juga menyediakan teknik hafalan yang mudah untuk matematik dan formula bagi memastikan anak didik saya dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dengan mudah. Saya juga menyediakan nota yang berwarna warni bagi kelas dalam talian.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tadika, Darjah 6, Darjah 4
Bahasa Melayu Darjah 6
Sejarah Darjah 6