Profile Picture

Nurul Aizatul *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Universiti Mu'tah)

Seremban, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum wbt. Saya digelar Muallimah Aiza. Sedang bertugas sebagai seorang Guru KAFA yang berpengalaman luas dalam semua subjek KAFA dan Pendidikan Islam di Negeri Sembilan. Salah seorang guru penilai Ujian Lisan Al Quran Tahun 5 dan penanda skrip jawapan UPKK Bahasa Arab. Pengalaman sebagai Tutor al Quran dan UPKK dari 2016. Berdedikasi dalam menyampaikan pelajaran khususnya kepada pelajar sekolah rendah. Berkemahiran dalam bidang penulisan Jawi baharu dan bahasa arab. Antara penceramah jemputan subjek Jawi dan Bahasa Arab sekolah rendah. Telah berjaya menghasilkan anak didik yang cemerlang dalam peperiksaan UPKK selama 7 tahun berturut-turut. Saya juga berpengalaman sebagai Tutor Al Quran bagi semua peringkat bermula kanak-kanak hingga dewasa. Nak anak anda skor dan cemerlang dalam al Quran, Jawi dan subjek UPKK? Hubungi saya sekarang. In Sha Allah saya akan bantu sehabis baik.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 7 tahun dalam bidang pendidikan KAFA, saya menerapkan pendekatan pembelajaran mengikut tahap keupayaan pelajar.

Subjek utama saya adalah lapan subjek UPKK iaitu Bahasa Arab, Jawi, Ulum Syariah, Adab Islamiah, Sirah, Al Quran, Penghayatan Cara Hidup Islam dan Amali Solat.

Sesi pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan menggabungkan kepelbagaian aspek didik hibur serta menjurus ke arah pembelajaran berpusatkan murid seperti saranan KPM.

Teknik dan formula sebagai alat tambahan dalam memahami dan mengingati sesuatu topik. Menggunakan modul yang terpilih sesuai target yang hendak dicapai.
Akhir sekali, keberhasilan pelajar adalah matlamat utama saya dalam menyampaikan ilmu.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Al-Quran Mengaji, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Jawi dan Khat KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 4
Bahasa Arab KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 4
Ulum syariah - Akidah KAFA - Darjah 5
Ulum syariah - Ibadah KAFA - Darjah 5
Sirah KAFA - Darjah 5
Adab ( Akhlak Islamiah) KAFA - Darjah 5
Lughatul Quran KAFA - Darjah 5
Mengaji - Iqra Darjah 2, Darjah 1
Membaca - BM Tadika, Darjah 1