Profile Picture

Wan Nur *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor (Hons) In English For International Communication

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Pagoh) (Sedang Belajar)

Lipis, Pahang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya Teacher Raihana. Teacher Raihana merupakan graduan Bahasa Inggeris Komunikasi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Teacher Raihana berpengalaman mengajar subjek Bahasa Inggeris selama 3 tahun untuk pelajar-pelajar tadika berusia 5 dan 6 tahun. Dalam masa yang sama, Teacher Raihana berpengalaman mengajar secara bebas (freelance) subjek Bahasa Inggeris untuk pelajar Darjah 6 dan Muet (sekolah menengah) secara atas talian semasa pandemik Covid-19. Teacher Raihana juga berpengalaman menghasilkan nota-nota dan latihan kendiri subjek Bahasa Inggeris ringkas untuk pelajar-pelajar tadika dan sekolah rendah.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang paling digemari dan selalu dipraktikkan oleh Teacher Raihana ialah bercerita, demonstrasi, sesi perbincangan dan belajar sambil bermain. Teknik ini merupakan teknik yang paling berkesan terutamanya dalam menarik minat pelajar-pelajar berusia 5-12 tahun. Contohnya, Teacher Raihana akan memulakan pembelajaran dengan bercerita tentang sesuatu topik belajar, kemudian membuat demonstrasi (writing, speaking and listening) dalam Bahasa Inggeris. Teknik perbincangan adalah dimana para pelajar akan membuat latihan (writing, speaking and listening) bersama-sama dengan Teacher Raihana serta berbincang tentang permasalahan Bahasa Inggeris yang mereka hadapi. Seterusnya, pelajar juga akan bermain game atau quiz menarik bersama Teacher Raihana untuk meningkatkan pemahaman mereka terhadap topik tersebut.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BI Tadika, Darjah 1
Bahasa Inggeris Tadika, Darjah 1, Darjah 6
Communication & Writing Tadika, Darjah 1, Darjah 6