Profile Picture

Hayatu Nursyuhada *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Language And Linguistic(Arabic)

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Telah Bergraduasi)

Gua Musang, Kelantan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya cikgu Syuhada. Saya seorang guru. Saya sudah berpengalam selama 5 tahun dalam dunia pendidikan rendah. Saya seorang yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam memastikan pelajar-pelajar saya mencapai kecemerlangan dalam subjek Bahasa Arab. Saya juga berpengalaman menjadi tutor bagi subjek Pendidikan Islam dan Matematik. Saya mampu mengendalikan kelas atau pelajar secara one-to-one dengan baik mengikut teknik atau kaedah mengajar yang telah saya pelajari. Saya percaya, saya mampu melahirkan pelajar yang cemerlang. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Bahasa Arab merupakan bahasa asing. Jadi, para pelajar perlu didedahkan dengan teknik yang sesuai untuk menguasai subjek Bahasa Arab. Bahasa Arab memerlukan pelajar untuk mengingat kosa kata dengan baik. Bagi pendidikan rendah, saya kerap kali menggunakan teknik nyanyian untuk mengingat kosa kata yang berkaitan. Teknik bermain atau berhibur sangat berkesan untuk menguasai bahasa asing terutama Bahasa Arab. Saya juga menyediakan modul khusus untuk mempelajari Bahasa Arab dengan mudah. Saya kerap merujuk PAK-21 dalam memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan menyeronokkan.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 3, Darjah 6
Matematik Darjah 3, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 3
P. Islam Darjah 3, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 3
Bahasa Arab Darjah 3, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 3
Mengaji - Al-Quran Darjah 3, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 3